Ahad, 14 Mac 2010

Perniagaan Rasulullah

Perniagaan berkait rapat dengan kehidupan manusia. Tanpa perniagaan maka sukarlah kita untuk menjalani kehidupan khususnya untuk mendapat keperluan harian. Kesempurnaan islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW telah menjadikan perniagaan sebagai kerjaya dalam kehidupan. Baginda sendiri diajar dan mengikuti tradisi berniaga bapa saudaranya Abu Talib pada usia 12 tahun baginda telah berniaga ke negeri syam. Penglibatan Rasulullah SAW dalam perniagaan adalah juga dipengaruhi oleh budaya masyarakat Quraraisy yang banyak terlibat dengan perniagaan sebagaimana firman Allah dalam Surah Qurasyh ayat 1 dan 2 yang bermaksud "kerana kebiasaan kaum Qurasyh (penduduk mekah), (iaitu) kebiasaan mereka berjalan (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri yaman) dan pada musim panas (kenegeri syam)".

Setelah kedatangan islam, Rasulullah SAW membawa perubahan dari usrusniaga jahiliah kepada sistem islam yang melarang sama sekali unsur penindasan seperti riba, judi dan penipuan.

Firman Allah dalam surah An Nahl ayat 90 yang bermaksud "sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta membantu kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dan mengajar kamu agar kamu mengambil peringatan".

Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi, syariat Islam telah menetapkan perniagaan itu mesti terpelihara dari tiga perinsip iaitu:
  • Tiada unsur gharar (penipuan)
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur judi
Dalam apa jua bentuk perniagaan yang dijalankan tiga prinsip tersebut wajib dilaksanakan sama ada perniagaan secara kecil-kecilan atau besar seperti jualan runcit , borong, jualan langsung, perbankan dan sebagainya.

Unsur Gharar(penipuan)
perkara ini sering berlaku dikalangan masyarakat kita terutama mereka yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, kadang-kadang penipuan terhadap barangan yang di jual contohnya "barang ini sangat berkualiti, baru, murah." pada hal keadaan barangan tersebut adalah sebaliknya.

Terdapat juga perjanjian dalam perniagaan yang mempunyai unsur penipuan seperti melebur seribu ringgit akan mendapat pulangan lima puluh ribu dalam masa empat bulan. Inilah yang dinamakan skim cepat kaya. Kita hendaklah berhati-hati kerana syarikat kewangan dan perbankan yang terbaik pun hanya dapat memberikan pulangan pelaburan tidak lebih dari 10% sahaja.

Unsur Riba
Riba ertinya bertambah, kita hendaklah berhati-hati kerana terdapat elbagai jenis riba dalam urusan dunia kewangan hari ini. lebih ketara lagi dalam masyarakatsekarang ini terdapat dikalangan kita yang mengamalakan riba dengan cara meminjam wang dengan ah long atau ceti haram.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 130 yang bermaksud " wahai orang-orang yang berima! janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah mudah-mudahan kamu berjaya."

sekarang ini sistem kewangan islam menjadi satu produk yang amat popular dapat diamalkan oleh masyarakat islam yang dapat menyelamatkan dari unsur riba dan dapat menjana keuntungan kepada agensi kewangan terbabit.
Dunia barat telah dikejutkan pada tahun 2009 yang lalu bahawa puluhan bank utama di amerika telah diisytiharkan muflis kerana gagal dalam pengurusan mereka yang beteraskan unsur riba.

Unsur Judi
Syariat islam mengharamkan sama sekali bentuk-bentuk perniagaan yang berunsurkan judi seperti sport toto, nombor ekor, mesin slot, pertaruhan dalam sukan dan lain-lain.

KIta masih lagi berada dalambulan Rabiulawal iaitu bulan kelahiran rasulullah SAW. Oleh itu marilah kita mencontohi Baginda Rasulullah SAW yang aktif dalam berniaga disamping berdakwah. Contohilah juga kaedah dan ciri-ciri perniagaan baginda termasuk menjauhi riba, judi dan penipuan. Sifat amanah baginda dalam berniaga kerana ia merupakan kunci kejayaan dalam perniagan.


Dipetik daripada Mimbar Jumaat terbitan 12 mac 2010 oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan