Isnin, 22 Mac 2010

Kecelakaan Riba dan Kesannya

Riba bukan sahaja dilarang dalam islam, tetapi telah diharamkan dalam agama-agama samawi lainnya seperti Yahudi dan Nasrani. Islam memandang riba sebagai amalan yang keji dan dosa besar. Allah SWT telah memberi peringatan supaya menjauhi amalan riba dan seterusnya mengisytiharkan perang kepada pemakan riba. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 278 dan 279 yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman! hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan menjauhi saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu,jika benar kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak mahu melakukan (perintah mengenai larangan riba itu) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangi kamu (akibatnya kamu tidak akan selamat), dan jika kamu bertaubat (menghentikannya), maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah modal pokok harta kamu.(Dengan yang demikian) kamu tidak menganiayai (kepada sesiapa), dan kamu juga tidak teraniaya."

Berkata Abu Hanifah yang bermaksud : "inilah ayat didalam Al-Quran yang paling menakutkan"
Imam Malik bin Anas pula berkata: "Telah ku buka lembaran kitab Allah dan sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari riba kerana Allah SWT menhisytiharkan atau mengizinkan perang keatasnya"

Rasulullah SAW mengeji amalan riba. dalam hadis Riwayat Muslim yang bermaksud : "Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, wakilnya, penulisnya, dua orang saksinya," Rasulullah SAW bersabda : Kesemua mereka itu sama sahaja".

Sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan Al-Hakim daripada Abdullah bin Mas'ud ra yang bermakud: "Riba itu (memiliki) tujuh puluh tiga pintu, yang paling ringan daripadanya adalah seperti (dosa) seorang laki-laki yang menyetubuhi ibunya (sendiri).

bala bencana yang menimpa dunia pada hari ini merupakan peringatan Allah SWT diatas kealpaan dan kecuaian kita dalam melaksanakan perinta dan suruhannya serta meninggalkan larangannya. Hadis daripada Rasulullah SAW yang diriwayatka oleh Hakim ang bermaksud : "Apabila riba dan zina, menjadi-jadi di sesebuah kampung (negeri), maka sesungguhnya, mereka telah membenarkan mereka itu diazab oleh Allah SWT."
Krisis ekonomi barat yang bertunjangkan riba kini melumpuhkan sektor perbankkan dan ekonomi Amerika syarikat, Eropah dan beberapa buah negara lan dalam sekalip mata sahaja keran berpunca dariada sikap mengabaikan peraturan tuhan dan membenarkan amalan riba yang diharamkan oleh Islam.

Perbankan Islam di Malaysia, telah berkembang aktif dan meluas. Umat Islam di Malaysia dengan mudah dapat menggunakan perkhidmatan kewangan Islam samada mereka tinggal di bandaraya yang besar atau disebuah pekan terpencil. Oleh itu tidak ada sebab Umat Islam menggunakan perkhidmatan pinjaman daripada institusi kewangan yang berteraskan riba apatah lagi dengan institusi kewangan dipasaran gelap seperti "Along" yang bukan shaja mengenakan faedah atau bunga yang tinggi malh boleh mengancam nyawa mangsa yang tidak mampumelunaskan hutangnya.

Mimbar hari ini bimbang dengan keadaan kemelesetan ekonomi dunia yang akan menyebabkan keretakan institusi keluarga, meningkatkan jenayah, bertambahnya kes bunuh diri, menjual maruah diri, penindasan, keruntuhan moral dan sebagainya. Semua pihak diseru supaya merancang kewangan mengikut syarak melalui perbelanjaan berhemah, menjauhi budaya berhutang yang berunsur riba bagi mengelakkan kehancuran masa depan individu, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya marilah kita bersama-sama berusaha menjadikan ajaran dan nilai-nilai Islam dalam menjana ekonomi negara melalui langkah-langkah berikut

  1. Bersama-sama mendokong sistem kewangan Islam yang sedang Dilaksanakan sekarang seperti Bank Muamalat, Bank Islam dan semua bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam.
  2. Bersama-sama melemahkan sistem kewangan Barat yang bertentangan dengan syariat Islam, khususnya kegiatan ceti-ceti haramyang sedang berleluasa di negara kita.
  3. Meningkatkan kefahaman masyarakat tentang keistimewaan sistem ekonomi Islam, dan bahaya sistem ekonomi barat.


Dipetik daripada Mimbar Jumaat terbitan 19 mac 2010 oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan