Rabu, 26 Mei 2010

al-kitab berita baik??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam keatas junjugan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Rasul utusan Allah. Setelah sekian Lama blog ini terapung dia alam siber maya ini namun amat perlahan sekali pergerakannya kerana kesibukan duniawi. Di kesempatan masa dan sedikit pengetahuan yang diberi oleh Allah SWT dapat saya update blog ini dengan isu yang sudah agak lama dan agak basi ini.

Dalam melihat isu ini pelbagai pendapat yang kita dapat lihat, ada yang bersetuju tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan hujah merpertahankan pendapat masing-masing.Tidak kurang juga yang melihat isu ini dengan sentimen bukan dengan releven.

Sebenarnya bukan bahasa yang menjadi ukuran samada ianya (Bible) berbahaya ataupun tidak tetapi yang berbahaya itu ialah sejauh mana keimanan dan kefahaman kita terhadap agama kita yang suci ini (Islam). Bible walau diterjemah kepada Bahasa apa sekalipun tidak mendatangkan mudarat jika pegangan kita kuat.Di negara-negara Arab sudah lama terdapat Terjemahan bible dalam bahasa arab.Begitu juga mengenai isu penggunaan nama Allah yang dituntut oleh penganut agama Kristian di negara ini.Jika pegangan Akidah kita mantap tidak akan timbul kekeliruan tentang Allah di dalam Al-Quran dan Allah di dalam bible.

Apalah yang ditakutkan dengan bible bahasa melayu jika dibandingkan dengan penekanan penguasaan bahasa inggeris. Bukankah tidak ada perbezaan setelah kita menguasai bahasa inggeris kita juga mampu membaca bible dalam bahasa inggeris. Apa yang perlu kita takutkan ialah sejauh mana pengangan kita terhadap Al-Quran dan Sunah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Sudah cukupkan kita solat lima waktu? kalau sudah cukup berapa kali berjemaah dimasjid. Sudahkah kita membaca seluruh Al-Quran? jika sudah adakah kita memahami dan melaksanakannya.

Adakah masalah sosial seperti buang bayi, pergaulan bebas, rempit dan yang lebih berbahaya murtad itu disebabkan oleh bible berbahasa melayu.Al-Quran itu lebih berbahaya berbanding bible bahasa melayu kerana tidak diamalkan. Al-Quran tidak lebih hanya sekadar bacaan, di lagukan dan dipertandingkan.Jika Al-Quran ditinggalkan bukan sahaja bible itu boleh memudaratkan tetapi tv, majalah, buku-buku lebih memudaratkan.

Kita tidak perlu risau tentang perkara ini apa yang perlu dititikberatkan ialah usaha kita memahami ajaran islam yang sebenar berpandukan Al-Quran dan sunah Rasulullah.Al-Quran itu diturunkan berperingkat dan menagambil masa selama 23 tahun untuk dilengkapkan, baca dan fahami secara berperingkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan